Monday, January 19, 2009

Non-stop Monday...

Adui...hari yang amat melenguhkan kaki!!! Kenapa?? Sebab satu hari ini saya "bekerja" tak henti2....non-stop! Boleh percaya ke??

Sebelum subuh dah bangun, siapkan sarapan. Then baru mandi dan solat. Turun semula ke bawah untuk "melepaskan" Ayong ke sekolah. Terus membasuh kain-baju semalam (masukkan je ke dalam mesin basuh...). Lepas hubby gi kerja, menyapu sampah-sarap kat luar dan menjirus pokok2 kat depan tu. Then duduk sebelah Adik pulak. Malam tadi dia tidur awal, tak sempat nak siapkan kerja sekolah. Pagi tadi baru temankan dia menyiapkan kerja sekolah. Dah siap kerja sekolahAdik, saya menggosok baju2 sekolah dan baju2 kerja hubby yang tak digosok semalam. At the same time, menolong Abang Ngah membuat kerja sekolah jugak. Stop kejap menggosok sebab nak menyediakan bekalan Adik untuk ke sekolah. Lepas Adik ke sekolah, sambung semula kerja2 menggosok pakaian. Dan Abang Yang pulak bertanyakan terlalu banyak soalan2 Science Tahun 4 yang saya sendiri terpaksa bertanya semula kepada dia maksud2 keyword yang mereka gunakan sebelum dapat membantu mereka. Pening jugak kepala kejap...! Maklumlah...dah hampir 17 tahun meninggalkan alam persekolahan dan peruniversitian (ada ke word ni???). Saya grad dulu Februari 1992....lama bebeno dah!!!

Dalam sibuk2 ni sempat gak saya menyediakan Baby Bread Pudding ni. Resepi oleh Kak Fida kat MyR. Senang je nak membuatnya. Ikut resepi yang Kak Fida bagi tu, dapat le 6 biji macam kat bawah ni. Abang Yang bawak 2 biji sebagai bekalan ke sekolah....

Siap untuk dimakan....


Baru keluar dari oven....


Then tengahari ni ada date lak dengan hubby...hehehe...sempat gak tu!!! Actually,, janji ngan hubby nak gi HSBC tengahari tadi sebab ada isuberbangkit pasal home loan yang saya dah depositkan cek dari KWSP hujung Disember 2008 lepas. Lepas 2 orang hero tu gi sekolah, baru kami bertolak ke bank kat Taman Molek. Lama gak berurusan kat situ tadi. Insyaallah, dalam masa 2 minggu tak ada pemotongan dari akaun simpanan ke akaun perumahan. Dan dalam masa sebulan nanti, panel lawyer akan call unutk sign document for discharge.


Selesai urusan di bank, terus hantar hubby ke office sebab ada sorang Korean tu asyik called dia aje sepanjang kami berada kat bank tu. Then saya terus balik rumah. Masa tu Ayong dah sampai rumah. Pagi tadi sebelum dia ke sekolah, saya dah bagi satu set kunci rumah pada dia, incase kalau2 saya tak sempat balik sebelum dia balik. Then 3:35pm Adik pulak sampai. Biasalah...kalau dia dah ada kat rumah mesti mulut dia tak diam2. Ada je yang nak di"pok-pek"kannya. Apa lagi...cerita pasal sekolah dia la!!! Akhirnya dia tertidur......! Baru senyap sikit.

Masa ni lah saya menyiapkan menu untuk dinner malam ni. Bahan2nya saya dah keluarkan awal2 lagi tadi. Sebenarnya, nak buat untuk lunch semalam (Ahad) tapi tak menjadi sebab ada projek lain. Hubby kata, "Buat je la untuk dinner esok" (hari ini...hubby bercakap tu semalam...). So malam tadi kami makan Mee Rebus ni untuk dinner. Sedap!!! Lain kali tak payah beli yang kat Kg Pasir Putih tu lagi! Sebenarnya saya geram tengok mee rebus ni kat umah Hana dan Anawahid. Tu yang suruh hubby belikan bahan2nya pagi semalam (Ahad) tapi baru hari ni jadinya.. Apa2 pun, kita layannnnnn!!!!





Alhamdulillah....


No comments: