Sunday, January 18, 2009

Ahad - 18hb Januari 2009

Malam tadi badan saya tak berapa sihat rasanya. Lenguh badan2, ada demam sikit - orang Perak kata "dedo" (pronounce "the door") - dan ada loya2 sikit. Bukan ada dua badan tau!!! Then malam tadi saya terlelap awal kat depan tv nun...sampai le ke pagi walaupun kerap terjaga dalam lenanya. Pagi tadi dah ok sikit rasanya. Kuatkan semangat nak buat breakfast untuk hubyy dan anak2. Bila masuk dapur, again, hubby dah siap masak air, basuh pinggan-mangkuk sisa malam tadi dan dah separuh kain siap dibasuh. Aduhaiiii...untungnya badan! Kesian lak nak suruh dia sediakan sarapan pulak. Then saya carilah apa yang ada kat dapur. Roti Gardenia ada sebuku, kentang goreng beku pun ada. Nak goreng2 yang simple aje la...


Saya pun mylalah buah scramble eggs campur ngan daun sup / bawang dan seasoning pepper. Then goreng kentang, potong timun dan toast roti. Campurkan cili sos dengan mayonis sebagai pencicahnya. Hubby lak goreng instant roti canai. Tak boleh dia duduk diam2 kat depan tv tu selagi breakfast tak ready.


Inilah yang hidangan breakfast kami pagi tadi.

Selepas selesai sarapan, hero2 semua gi main basikal. Abahnya bagi green light, laju je masing2 capai basikal. Adik pun sama gak. Sama2 berbasikal kat jalan depan rumah tu dari hujung taman permainan sampai hujung simpang rumah ujung tu. Bukan main seronok lagi mereka berbasikal. At the same time, hubby berkebun kat depan rumah dan Ayong lak menyidai kain-baju yang hubby dah basuh. Saya??? Saya kat dalam rumah aje. Badan masih ting-tong lagi. Kadang2 tu keluar jugak jenguk mereka kat luar tu. Dah tengahari baru masing2 masuk rumah. Tengahari tak makan pun sebab masing2 masih kekenyangan. Dan saya pun merebahkan diri....


Lepas Zohor kami bersiap2 lak nak keluar. Anak2 bising ajak pergi cari buku latihan dan rujukan. Kami menuju ke Edaran Ilmu Didik kat Masai tu. Terbang gak RM240.00. Unutk pelajaran anak2, tak apa... Then kami terus pulak ke Jusco Permas Jaya. Saja jalan2 dan windows shopping aje plannya. Tapi bila dah masuk kat dalam tu, ada jer benda yang nak dicapai. Ingat nak cari cheese aje - standby untuk pizza lagi - tapi barang2 lain turut jadi mangsa. Masa sampai aje kat Jusco tu, ada persembahan gendang sempena Chinese New Year. Sempat snap satu gambar je sebab lepas tu persembahan dah tamat. Lepas penat shopping - shopping gak akhirnya - kami gi makan kat Sedap Corrner.





Apa yang kami makan?? Macam2 ada. Nasi goreng kampung, beef kuay teow, ratna crispy meehon, tom yam meehon, chicken chop dan prawns & chips. Minumam lak kami order thai coconut, orange juice dan mocktail. Habis je makan kami terus balik. Dah kenyang, malas nak gi mana2 lagi...berat nak berjalan!




2 comments:

CT Delima said...

emm..sedap2 nya menikmati makanan tu erk..ct duk kat umah jer coz x berapa elok tekak ni..jadi CM suh duk umah jer lah hehehe

lama nya x gi jln2 kat Jusco kat permas tu..kalau balik JB pun duk gi tempat lain jer :)

Azita said...

setiap kali akak ke situ mesti order beef kuay tiaw. tau tau le apa yg sedap sgt ngan masakan tu... ct bila lagi nak dtg johor?